CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Selasa, 27 Mac 2012

CiRi-CiRi SuaMi PiLiHaN

Berikut adalah Ciri-ciri Calon Pilihan Suami Yang Baik Menurut Islam

1. Yang berkemampuan sebagaimana hadis Nabi Riwayat Ahmad Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah yang bermaksud:

"Wahai permuda-pemuda; barang siapa diantara kamu bernikah, maka hendaklah ia bernikah, yang demikian itu amat menundukkan pandangan dan amat memelihara kehormatan, tetapi barang siapa yang tidak mampu, maka hendaklah berpuasa kerana puasa itu menahan nafsu." Mampu yang dimaksudkan, berupaya menyediakan tempat tinggal, saraan hidup yang kebiasaan, serta pakaian untuk menutup aurat. Seperti memberi makan dengan apa yang dia(suami) sendiri makan, memberi pakaian dengan apa yang dia sendiri pakai. Bukan bermaksud memberi pakaian lelaki kepada isterinya, tetapi taraf kualiti sesuatu itu, yang diperuntukkan untuk dirinya, itulah yang diperuntukkan untuk isterinya juga. Maknanya lelaki yang bertanggung jawab. Perkara-perkara ini wajib dilaksanakan suami dan kegagalan menyempurnakannya boleh mendatangkan kesan buruk dan mudah berlaku perceraian.

2. Tidak Dayus, sanggup menjadi pembela isterinya. Boleh dijadikan sebagai ganti ayah bonda. Sanggup melindungi wanita daripada segala bahaya dan kecelakaan yang menimpa kerana apabila seorang wanita rela dinikahi, bererti ia rela melepaskan dirinya daripada ayah bonda yang selama ini menjadi tempat pergantungan hidup. Kini berpindah kepada lelaki yang bakal menjadi suaminya.

3. Pandai menjaga darjat diri dan menepati janji, apabila berkata dikota dan diamalkan. Selain daripada itu suami yang baik akan sentiasa mengajak isteri ke arah kebaikan, menjauhkan yang mungkar dan mendahului perbuatan itu.

4. Berkebolehan didalam urusan rumahtangga. Kebolehan memasak, menjahit juga membasuh akan membantu kerana lelaki yang biasa membuat kerja begini, tidak akan membebankan isterinya membuat kerja rumah sekiranya isteri tiada kemampuan. Bukan dari jenis lelaki yang tidak bertimbang rasa, yang sentiasa memerintahkan isterinya itu dan ini tanpa mengira isterinya sakit atau kepenatan.(Bukan juga jalan kepada isteri itu untuk mengsambil lewakan layanannya kepada suami itu.)

5. Mempunyai penuh kepercayaan kepada perempuan dan tidak mudah bersangka buruk. Biasanya apabila suami bertugas mencari nafkah maka isteri akan menjaga segala amanah harta dan anak di rumah. Sekiranya suami tidak mempunyai kepercayaan kepada isteri, ini bererti suami akan sentiasa menyangka buruk.

6. Rajin, berpemikiran luas dan tidak memakan harta perempuan. Lelaki begini adalah ciri-ciri lelaki yang tidak pemalas, inginkan kemajuan serta tidak mengharapkan titik peluh isteri. Allah sangat tidak menyukai manusia yang hanya bertawakal dan menyerah diri tanpa usaha sedangkan kejayaan dicapai melalui usaha. (Sebenarnya secara peribadinya saya tidak berapa setuju dengan pendapat ini, kerana saya pernah berjumpa dengan kisah ini:[ Khadijah ra. membuka isi hati kepada suaminya dengan ucapan: "Wahai Al-Amiin, bergembiralah! Semua harta kekayaan ini baik yang bergerak maupun yang tidak bergerak, yang terdiri dari bangunan-bangunan, rumah-rumah, barang-barang dagangan, hamba-hamba sahaya adalah menjadi milikmu. Engkau bebas membelanjakannya ke jalan mana yang engkau ridhoi !"

Dan sebagaimana Firman Allah SWT yang bermaksud: "Dan Dia (Allah) mendapatimu sebagai seorang yang kekurangan, lalu Dia memberikan kekayaan". (Adh-Dhuhaa: 8)] Dan seperti yang kita ketahui juga Khadhijah ra. telah menghabiskan hartanya demi membantu suaminya(Rasulullah s.a.w) dalam menegakkan Islam ini. Mungkinlah pendapat ‘memakan harta perempuan’ disini adalah sepertinya seorang suami yang tidak melakukan apa-apa dengan bersenang-senangan semata-mata. Dan menghabiskan harta isterinya dalam jalan sia-sia dan syahwat pula.)

7. Mudah memaafkan. Sifat ini adalah sebahagian daripada sifat terpuji Rasullah ketika menegakkan agama Islam. Oleh itu suami bertanggungjawab sepenuhnya kepada isteri dan anak.

8. Datang daripada keturunan orang yang baik-baik lagi rajin beribadah. Mempunyai akhlak dan budi bahasa mulia serta sangat menghormati orang tua, berpegangan agama lagi rajin beribadah dan tidak berpenyakit keturunan seperti gila atau penyakit merbahaya yang boleh membawa kepada kesengsaraan hidup.

Inilah serba sedikit pendapat-pendapat yang sempat saya kumpulkan. Tetapi apa yang lebih utama dari segala hujah itu tadi ialah Agamanya. Pilihlah yang beragama dan teguh dengan pegangan Islam ini. Tidak mengapa jika calon suami itu terkurang sedikit dari segi keduniaannya, tetapi lebih dari segi agamanya. Namun dalam mencari cirri-ciri suami yang baik itu, mari kita lihat juga ciri-ciri isteri yang baik itu bagai mana pula. Kerana tidak adil mengharapkan Allah menjodohkan kita dengan seorang lelaki yang baik akhlaknya sedangkan diri kita sendiri sangat memandang mudah pula pada yang demikian. Kerana Allah akan menjodohkan kamu sesuai dengan dirimu sendiri itu bagaimana.

surah An-Nur ayat 3, “Lelaki yang berzina tidak dinikahi melainkan dengan perempuan yang berzina atau perempuan musyrik dan perempuan yang berzina itu tidak dinikahi melainkan dengan lelaki yang berzina atau lelaki musyrik. Demikian itu terlarang kepada orang yang beriman.”




Jumaat, 23 Mac 2012

rahsia LesUng pipit ? !

 pagy semalam , waktu perhimpunan ada perkOngsian yang sangat menarik iaitu mengenai lesung pipit . . . apa yang paling menarik ? ha ! tu dy , pernyataan yang menyatakan owg yang mempunyai lesung pipit mempunyai senyuman yang menawan dan menjadi kegilaan ramai . . . weewitt . . . hahahahahhahaha . . . . lepas tu ada pesanan terakhir dari yang penyampai ilmu tu, kalau nak anak ada lesung pipit . . ., kahwin la dengan owg yang ada lesung pipit . . . muehehehehehehehehe

K.A.W.A.N atau S.A.H.A.B.A.T ?



Pada waktu perhimpunan pagi, minggu Pn. Zakiah, cikgu Kimia sye yang merupakan guru yang bertugas pada minggu itu berkOngsi tentang sesuatu yang begitu menarik . . . . . iaitu mengenai sebuah buku yang bertajuk ‘N.A.K atau T.A.K N.A.K’ ? pada permulaan buku itu, penulis ada menerangkan tentang apakah itu erti KaWaN ? & apakah itu erti SaHaBaT ? Mari sye kOngsikan apakah yang ditaksirkan di dalam buku tersebut . . . KaWaN ialah seseOrang yang melarikan diri sejauh mungkin tatkala kte amat memerlukannya . . . SaHaBaT pula ialah Org yang sentiasa berada disisi kte tatkala di waktu senang mahupun susah . . . . jaDi , cuba anda renungkan ? ! apaKaH sebenarnya yang anda miliki selama ini ? ! adakah S.A.H.A.B.A.T ? ataupun  K.A.W.A.N ? tepuk dada , tanya selera . . . jika anda belum lagi mempunyai seOrg SaHaBaT , masih belum terlambat utk mencari . . . . antara ciri2 S.A.H.A.B.A.T  :
*sama dari segi usia, jenis (jantina), standard, peringkat & minat . . . . {lebih mudah untuk memahami antara satu sama lain}
*sentiasa memperkatakan perkara yang baik tentang kita mahupun di hadapan ataupun belakang kita . . .
*seseOrg yang mendOrOng kearah kebaikan
- CaRiLaH SaHaBaT yang sebenar-benarnya KERANA SaHaBaT yang SeBeNaR aDaLaH SaHaBaT yang mendOrOng mu uTk menuju ke jalan yang diredhaiNya -

Trip tO jOhOr . . .



16 Mac 2012, sye dan sebuah keluarga besar sebelah mama sye bertOlak ke jOhOr utk meraikan perkahwinan kakak saudara sye iaitu Nursaliza Bt. Mohd. Azhar . . . keluarga sye saje 7 org yang pergi sebab abg sye yang sulOng tak dpt balik drpd Kelantan . . . agak meriah & riuh rendah jugak la dalam bas tu . . . . masuk2 je dalam bas, semua pakat keluar makanan, lpr punyer pasal sebab dalam bas tu aircOnd amat kuat . . . sampai2 je dekat jOhOr bas tu berhenti dekat sebuah masjid . . . mula2 semua org igt nak berhenti dekat situ sebab nak baca peta utk ke rumah dulu . . . rupa2nyer nak ‘landing’ at situ . . . penat tunggu dalam bas . . . err . . . dah la waktu tu dalam pukul 4.00 pagi . . lepas tu , kteOrg pergi cari kedai mkn utk ‘breakfast’ . . .kemudian, cari tmpt trdkt utk beristirehat sementara tunggu pukul 12.00 tgh hri . . . semuanya , jadi kelam kabut . . . tempat yang kteOrg sempat singgah, hanyalah Ayer Hitam . . .  “what a pity ? “ waktu bertOlak pulang , sye trtidOr dlm bas sebab keletihan sampai tak sedar yang Org semua da turun mkn . . . “I’m starving ! “ grr . .  . walau apa pun, serOnOk bertandang ke negeri Johor ! =)


















CapiTaL A



Waktu hari merentas desa, ada 2 org budak dtg jumpa sye .. . . . yang sOrg tu sye kenal sebab juniOr sye iaitu salah seOrg PENGAWAS Pusat Sumber Petang a.k.a CaPiTaL A ? ! capital A tu dtg jumpa sye dalam keadaan malu2 dgn kawan dia  . . . . sye pun agak terkejOt tgk reaksi capital A tu . . . sebab sebelum2 nie , dia jumpa sye macam biasa je . . takde pun macam tu . . . lepas tu , dia nak berkata2 pun, tak keluar2 . . . hOhO . . . akhirnya , kawan dia buka mulut & memberitahu yg dyeOrg jumpa sye nie membawa hajat . . . *macam nak meminang kan ? wekz . . . kemudian , capital A tu suruh kawan dia diam , tapi budak tu tak mahu diam lalu capital A ni pun terus tutup mulut kawan dia tu & bawa kawan dia tu lari dengan reaksi wajah malu2 . . . sye tertanya-tanya & kehairanan dengan peristiwa tu ? ! hmm . . .
nie la capiTaL A yang sye maksudkan ~~~

Cukuplah Allah bagiku



Dgn Nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Di saat diri ini terhimpit dengan tugasan-tugasan yg masih belum diselesaikan aku teringat akan doa-doa yg sering dijadikan sebagai sumber kekuatan
“Hasbunallahu wa ni’mal wakil”
Cukuplah Allah bagiku
“Bismillahitawakkal ‘alallah”
Dengan nama Allah kepadaNya jualah aku bertawakkal.
“Allahumma Yassir Wa la Tu’assir Ya Kareem”
Ya Allah permudahkanlah ,dan janganlah Kau sukarkan, Wahai Maha Mulia.
dan ayat seribu dinar:

Sama-sama kita amalkannya.Semoga segala kesusahan menjadi mudah.
Wallahu’alam